KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menzahirkan kekecewaan terhadap cara ketua jurulatih Perak Datuk Lim Teong Kim menyantuni petugas media selepas tamat aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Presidennya Norismadi Abd Manap berkata Teong Kim seorang jurulatih yang memiliki pengalaman luas di Eropah, namun bersikap acuh tak acuh ketika menjawab dua soalan mudah yang dilontarkan penolong penerbit stesen televisyen swasta kepadanya sejurus perlawanan tamat.
"Bahasa tubuh serta cara beliau berdepan dengan media untuk dua soalan ringkas itu amat negatif pada pandangan SAM. Rakan media faham situasi dan emosi jurulatih selepas mengalami kekalahan besar, tetapi kami hanya menjalankan tugas kami.
"Janganlah menjadikan media sebagai tempat untuk melepaskan geram kerana kami tidak mencampuri sebarang urusan dalam pasukan anda dan tidak mempunyai sebarang agenda peribadi," katanya kepada Bernama, hari ini.
Norismadi berkata media berperanan untuk menyampaikan maklumat dan tidak seharusnya menerima layanan seperti diberikan bekas Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu.
Pada pertembungan di Ipoh semalam, JDT membelasah Perak 5-0 sekali gus menyaksikan anak buah Teong Kim mencatat kekalahan ketiga berturut-turut.
Kekalahan besar itu dilihat mempengaruhi emosi Teong Kim yang menunjukkan reaksi kurang mesra terhadap penolong penerbit bertugas semasa sesi temu bual yang disiarkan secara langsung selepas perlawanan, termasuk meminta pengamal media berkenaan melakukan penilaian serta mencari jawapan sendiri berhubung soalan yang diberikan.
Perak kini berada di kedudukan ke-10 dengan mengumpul lima mata selepas hanya berjaya merakam satu kemenangan dan dua seri dalam keseluruhan tujuh perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Norismadi berkata media berperanan untuk menyampaikan maklumat dan tidak seharusnya menerima layanan seperti diberikan Teong Kim. - Gambar FB SAM
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
AWANI Ringkas: Peguam berhubung dengan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim
Bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara Datuk Lim Teong Kim berpendapat dasar program naturalisasi perlu dihentikan.
Perak FC sedia ke mahkamah selesaikan isu tuntutan gaji Teong Kim
Perak FC bersedia menyelesaikan isu tuntutan bayaran baki gaji susulan pemecatan dan penamatan kontrak bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim yang didakwa tidak sah di Mahkamah Perusahaan.
Kemelut Teong Kim, Perak FC diputuskan Mahkamah Perusahaan
Kemelut antara bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim dengan Perak FC akan diputuskan Mahkamah Perusahaan.
Isu Lim Teong Kim: Tiada keputusan dicapai
Teong Kim memaklumkan perbincangan dilakukan bersama Ketua Pegawai Operasi Perak FC, Meor Azli Meor Mahmood dan pihak JPPM Perak.
Teong Kim tuntut Perak FC lunaskan baki kontrak 16 bulan gaji
Selepas hampir sebulan dipecat dan berdiam diri, bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim tampil menuntut haknya, serta menggesa baki bayaran gaji selama 16 bulan dilunaskan.
Lim Teong Kim tidak lagi bersama Perak FC
Perak FC mengumumkan Ketua Jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim tidak lagi bersama pasukan Liga Super itu, berkuatkuasa serta-merta.
Lim Teong Kim tiada niat singgung hati wartawan
Teong Kim menegaskan, situasi di Stadium Perak sangat bingit ketika perlawanan 4 April lalu, hingga dia tidak dengar soalan wartawan.
SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media selepas kekalahan Perak
SAM menzahirkan kekecewaan terhadap cara ketua jurulatih Perak Datuk Lim Teong Kim menyantuni petugas media selepas tamat aksi Liga Super antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Liga Super: Perak FC tiada isu kredibiliti Lim Teong Kim
Ramai mempersoalkan sejauh mana kemampuan sebenar Teong Kim berikutan keputusan dalam saingan Liga Super yang tidak memberangsangkan.
Hilang tonggak utama punca Perak FC gagal menyerlah
Datuk Lim Teong Kim mengakui persembahan anak buahnya tidak sebaik ketika perlawanan menentang pasukan sama pada saingan Piala FA lalu.